MISI G3Z4 DAN GERAK SECARA KELOMPOK- bagaimana anda terkait?


PERTANYAAN

Ada orang Islam dan bukan Islam pernah bertanya, mengapa Allah tak kalahkan je ishsiwel. Mengapa biarkan orang jahat dalam dunia ni berleluasa dan mengakibatkan ada manusia yg suffer. 


Ada orang bertanya, kalau Tuhan Allah berkuasa, kenapa dia tak bantu selesaikan masalah ini.


Apa fikiran anda? 


Allah ada bercerita dalam AlQuran, Allah sudah mencipta satu makhluk yg dikalangan mereka, tiada pertenglikahan, no problem dan mereka sangat taat. Tak ada perang pun di antara mereka. Mereka adalah malaikat. Ini adalah jawapan kepada soalan2 di atas. Allah boleh aje hilangkan pertelingkahan, atau buat makhluq jahat tak ada. Mudah bagi Allah.


Tapi penciptaan manusia ni sangat special. Uztad saya quote dari surah Attin (Surah 95:5), manusia ini adalah sebaik-baik ciptaan. Allah ada sebut juga dlm AlQuran, Allah boleh saja menjadikan semua manusia di muka bumi ini beriman (Boleh refer ayat surah Yunus 10:99). Tapi kenapa ciptakan juga makhluq yg ada keupayaan mungkin boleh menumpahkan darah (seperti ayat surah AlBaqarah 2:30). Someone told me, boleh juga refer pada surah AlMaidah 5:48, Allah ada sebut, Allah boleh sahaja nak jadikan sebagai satu umat, tetapi Allah nak uji dengan pemberianNya kepada kita, nak lihat siapa yg berlomba2 membuat kebajikan. Dont worry, Allah Maha Adil dan Maha teliti, so semua orang akan diberi peluang yang sesuai dengan keupayaan masing2. Dan Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu.


So penciptaan makhluq terbaik ini juga datang dengan satu "game". Datang dengan ujian-ujian. Ujian dengan apa yg diberi, termasuklah how kita respon dengan apa yang berlaku pada kita atau sekeliling kita.


So peristiwa yg berlaku di sekeliling kita sebenarnya juga nak menguji kita apa yang kita buat mengenainya. Contoh walaupun kita jauh dari G3z4, apa kita boleh buat. Contoh lagi, walaupun kita bukan ahli politik yg dilantik, apa kita buat bila kezalimanan dan kebodohan berlaku di tempat kita.


KATA-KATA PENTING

Tahukan anda ada kata2..


"Dunia jadi huru-hara bukan hanya kerana ada orang2 yang berbuat jahat, tapi juga kerana orang baik dan bijak dan ada upaya, berdiam diri"


(ada uztad relate kata2 ni dgn ayat surah AlAnfal 8:25, kalau ada kezaliman yang dibiarkan, semua org akan kena)


Bila sudah ketahui perkara ini, bagaimana kita nak mula.atau bertindak?


APA NAK BUAT

Ada byk cara. Boleh sedekah atau beri pelbagai bantuan lain seperti menyertai misi kemanusian. Tetapi antara yang penting ialah MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN KEKUATAN DIRI (fizikal dan mental) dan KEKUATAN RESOURCES seperti harta.


So dgn peristiwa g4z4 dan politik kezaliman berlaku depan mata, eloklah kita ambil langkah kuatkan diri dan mental. Kenapa? Sebab dengan kuatkan diri, fizikal dan mental, baru BOLEH TERUS BERJUANG, seperti melindungi diri dan keluarga kita dari ancaman kezaliman, DAN SEKALI GUS MENGUATKAN UMAT. Bila umat kuat, banyak perkara yang boleh dilakukan. Boleh berdakwah dan membetulkan keadaan, menghapuskan kezaliman. Apakah aktiviti terbaik untuk menguatkan diri dan mental? Cadangan aktiviti terbaik, ialah dengan cara RESET DIRI. Ianya boleh dimulakan dengan BERPUASA SUNAT dan start TAHAJUD dan JEMAAH SUBUH & ISYAK. Impak dan kebaikan utk diri dari aktiviti ini memang diketahui banyak. Ia merangkumi dari segi membaiki kesihatan dan pembentukan disiplin diri dan mental. Bila kesihatan terjaga dan mental kuat, ia juga boleh jadi pemangkin utk pembinaan resources dan harta pula. Nak jihad pun mesti dengan harta dan diri.


Tuan-tuan, ianya tidak boleh bertangguh lagi. Bila2 masa, halangan2 besar boleh timbul dan terjadi, seperti kesihatan, bencana cuaca, huru hara, atau kesibukan lain.


So kalau anda sedang berfikir mcmana nak response dgn peristiwa Gez4 dan politik hari ni, ..nah ini dia salah satu langkah di depan mata yg ada. 


JOM. Mulakan dengan kelompok terdekat anda. Allah kata, dalam surah AnNisa :4:71, bergeraklah berkelompok-kelompok atau majulah  bersama-sama. Now anda boleh relate kenapa anda kena bertindak sekarang, dan bagaimana semuanya untuk diri dan keluarga kita dan juga untuk Umat. Selepas habis langkah pertama ini, kita boleh terus ke langkah2 seterusnya.


Fitmen Project.

Comments

Popular posts from this blog

RnR Gambang and the story of focus on solution not problem

New invention invented daily